Super Princess


Hello!
AinFarhana UniRazak's Family :)

Tagboard!


Credits

Basecode: Atin Tory
Edit:Timi
Re-Edit:Lukman
Help: Hafiez Razi
you better watch out!
Friday, 9 November 2012 | 22:25 | 0 comments

  pagi yang dingin, ditemani hujan renyai renyai. aku bangun dengan letihnya, tengok jam tepi katil.. omaigod!! dah pukul 10? MasyaAllah, apa nak jadi ente ni? nasib baik tgh off *hehe*
ape gelak gelak normallah :p
  
  kulalui hari dengan penuh kebosanan, macam biase kena kemas rumah semua, tolong jage anak buah.. alahaii, bosan betul. tolong laa bagi something yang adventure sikit
masa bergerak dengan sangat perlahan, tik tok tik tok the time moving.. suddenly, hujan lebat menimpa-nimpa atap rumahku. guruh kuat berdentum-dentam kat luar rumah, maybe banyak sangat electron kat tanah *bak kata ckg fizikku* ewahhh :p
  
  aku pun mulai menekup kedua pasang telingaku kerana aku sangat takut pada petir. dalam takut takut tu, kakak datang sergah aku suruh aku siap2 pi kerja. mak aii, tercabut jugak jantung aku dibuatnya. cuba laa bagi salam dulu ke, panggil nama ke, ni tak. haishh =='
  
  aku bangun sambil menutup kedua belah mata dan telinga, tiba-tiba.. ya Allah!!! aku menjerit kesakitan, terkaku aku menahan sakit. laaa terlanggar bucu katil, kat tulang kering pulak tuh!
lebam dan calar betisku.. makkkk saaakit! T_T
  
  then, aku pun bangun dengan terpaksa menahan sakit keluar ke toilet untuk bersiap pergi ke tempat kerja like usual.. pastu dalam kesibukan aku melayan customer yang datang nak isi minyak, adalah sorang makcik ni.. gara-gara dia aku kena tegur dengan bos, memang tak payah cakap laa betapa bengangnya aku kena tegur depan depan customer. cakap sekali jee dah laa, ni tak sampai dua tiga kali nak cakap. mana nak letak muka aku yang tak berapa nak comel ni? :p

the story begin..


makcik : "nak, makcik nak isi full tapi taktahu berapa, boleh tolong isi dulu tak? kalau dah siap      makcik bayar"

aku : "boleh makcik, nanti saya panggil orang isikan, tunggu sekejap yew?"

makcik : "nak, dah siap isi berapa yew?"

aku : "semuanya RM50,"

  makcik tu pun keluarkan beg dompetnya yang ala-ala mak datin tu, dia hulur sekeping duit RM50 beserta kad mesra
Ya Allah, mahu tak menjerit aku rasanya.. adoi dalam hati Allah jee yang tahu betapa takutnya aku. nak tahu kenapa? kad mesra mesti kena bagi sebelum isi, kalau lepas isi kira dah burn point tu. Alahaiii makcik, kenapa lah tak bagi awal-awal? kebetulan bos lalu pulak depan aku yang tengah try explain kat makcik tu. customer pulak dah que up sepanjang-panjangnya, kalah orang yang berebut megasale. geram pulak aku dibuatnya =='

   Then, bos datang dengan garangnya dekat aku..

bos : "kenapa awak tak mintak dulu kad mesra dia sebelum isi?"

aku : "tak sempat pakcik, ramai customer"

bos : "lainkali mintak dulu and tanya ade kad mesra ke tak, awak tahu tak sebab kad mesra nilah stesen kite jatuh tempat ke-3, belajar buka mulut rajin-rajin tanya customer"

aku : "yew pakcik .."

  Lepastu yang aku marah sangat ni, aku taw laa salah aku n dah dapat pengajaran pun, tak payahlaa nak membebel banyak2. ramai customer kot, malu lah. aku pun blah dari cashier tu masuk toilet.. paham-paham laa kalau keluar dah bengkak mata tu :'(

  *the moral of the story, belajar bersabar terhadap dugaan yang datang, layan kerenah customer elok-elok even die sangat menyakitkan hati, jangan lawan cakap bos, ikutkan jela. Okayla, penat dah membebel macam mak nenek, time to work .. huhh, malas betul. till here only, Assalamualaikum =)





Older Post | Newer Post
Navi
BLOG TWITTER FACEBOOK